Thursday, 13 December 2012

7
Komen

Mari Mewarna

Lembaran Kerja 
Tema : Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dua hari lepas saya ada kongsikan lembaran kerja yang memerlukan murid-murid berimaginasi ataupun menggunakan penegetahuan sedia ada untuk mewarnakan lembaran kerja mereka. Hari ini saya akan kongsikan lembaran kerja bertemakan bunga yang memerlukan murid-murid mengikuti arahan. Sekiranya murid-murid belum menguasai kemahiran membaca, guru-guru perlu menyatakan arahan secara terperinci.






Tuesday, 11 December 2012

12
Komen

Mari Mewarna

Lembaran Kerja 
Tema : Bunga

Melalui lembaran kerja ini, murid akan warna ikut imaginasi sendiri atau guru siapkan lembaran yang telah siap diwarna dan murid -murid akan mewarna berpandukan lembaran kerja guru





3
Komen

Don’ts … from your child to you..


1. Don’t be frightened of being firm with me, I feel safer when you are firm as I feel secure.
2. Don’t spoil me, I know as well as you do that I shouldn’t have everything I ask for. I’m only trying you out.
3. Don’t let me get into bad habits. I rely on you to help me stop them.
4. Don’t make me feel smaller than I am already. It makes me act big, and then I make a fool of myself.
5. Don’t correct me in front of other people unless you have to. It’s much better if you talk to me on my own.
6. Don’t make me feel I’ve sinned when I’ve made a mistake. My sense of values gets upset if you do.
7. Don’t cushion me from the consequences of what I’ve done all the time. Sometimes I need to learn the hard way.
8. Don’t over react when I said ‘I hate you’! I love you … it’s your power over me that I sometimes resent.
9. Don’t make a fuss when there’s nothing much wrong with me. But remember I may be fussing to get your attention if I feel excluded.
10. Don’t nag me. If you do I may have to pretend to be deaf to protect myself.
11. Don’t forget that I can’t always explain thing as clearly as you can. That’s why you sometimes think I’m not telling the truth, when I am.
12. Don’t promise something you won’t be able to do. I feel awful when you let me down.
13. Don’t push me into corner with questions. If you frighten me then I tell lies … and I don’t really want to.
14. Don’t say one thing and do another. This confuses me and makes me lose faith in you.
15. Don’t say I’m silly when I tell you what I’m worried about. I’m really frightened of some things, and need your understanding and reassurance.
16. Don’t fob me off when I’m asking questions. If you don’t answer me, then I’ll stop asking you and have to get the answers from somewhere else … and I want your answers!
17. Don’t pretend you are perfect or infallible … I know you are not!
18. Don’t think you are so important to apologize to me. I love you so much when you tell me you’ve done wrong, and say you are sorry.
19. Don’t think I’ve stopped growing up. Please try to understand that I’m growing every day.
20. Don’t forget I love experimenting. I can’t grow without it so please put up with it.
21. Don’t forget that I need your understanding love if I’m going to thrive … but you love me already and I don’t need to tell you that do I?

Sunday, 9 December 2012

4
Komen

Mari Baca Suku Kata (KV+KV)

Assalamualaikum... 
Video ini sangat menarik dan mempunyai pengisiannya yang tersendiri. Kadangkala guru kepincangan idea untuk mengajar murid-murid mengeja dan membaca suku kata.  Untuk menambahkan kelainan pada p&p, guru-guru bolehlah pertontonkan video ini dan diulang-ulangkan kerana untuk memantapkan penghayatan mereka... Layannnn..

7
Komen

Mari baca KV KV

Assalamualaikum kawan-kawan. 
Di sini saya ingin kongsikan kad bacaan kv+kv. Kad-kad bacaan ini sesuai digunakan apabila murid-murid prasekolah sudah menguasai suku kata terbuka kv.. Jika berminat bolehlah ambil.... Sharing is caring...






2
Komen

Lagu Alif Ba Ta


Assalamualaikum..
Sebelum mengajar huruf hijaiyah kepada murid - murid Prasekolah, amatlah sesuai ditontonkan video ini... Kanak-kanak Prasekolah lebih tertarik kepada ilustrasi yang menarik dan alunan muzik. Kanak-kanak Prasekolah juga mudah mengingati sesuatu melalui lagu. Saya telah mencubanya, dan ia memberi kesan yang positif kepada anak-anak didik saya.. Jom kita nyanyi sebentar...

Saturday, 8 December 2012

0
Komen

Penguasaan Kemahiran Penggunaan Bahasa

Luangkan masa sebentar anda untuk membaca seketika.. .Layan...

Bahasa digunakan untuk mewakiili konsep. Maka, penggunaan bahasa merupakan faktor yang sangat penting untuk membentuk konsep sama ada konkrit ataupun abstrak.

Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan, Gardner (1983), berpendapat bahawa semua insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di antaranya  ialah kecerdasan linguistik / verbal. Orang yang mempuyai kecerdasan ini berupaya menggunakan bahasa secara berkesan sama ada secara lisan ataupun tulisan, termasuklah kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapannya dengan baik, tepat serta sempurna.

Pakar psikolinguistik Chomsky, (1965 ) di dalam Teori Genetik, mengklasifikasikan tingkahlaku bahasa manusia kepada dua bahagian iaitu kecerdasan linguistik yang diwarisi dan bahasa ekspresi yang dipelajari dari alam sekitar.

Kecerdasan Linguistik adalah diwarisi secara semulajadi kerana manusia bukan sahaja dilahir dengan organ yang boleh mengeluarkan pelbagai jenis bunyi tetapi juga mampu memahami bentuk, intonasi,erti, sususnan dan laras bahasa tanpa dipelajarinya. Setiap kanak-kanak sejak lahir telah mempunyai kecerdasan linguistik walaupun kadarnya berbeza.

Manakala, bahasa ekspresi, mengikut Chomsky adalah merujuk kepada tingkahlaku bahasa yang ditunjukkan oleh individu melalui aktiviti melihat, mendengar dan  menyebutnya dalam alam sekitar tertentu. Mengikut beliau, bahasa ekspresi ini adalah dipelajari khasnya dari persekitaran yang dialami. Justeru itu, di dalam pelbagai jenis kebudayaan dan masyarakat yang beraneka ragam, maka wujudnya pelbagai jenis bentuk dan gaya bahasa di kawasan-kawasan tertentu.

Ringkas kata, kecerdasan linguistik yang berbeza serta bahasa ekspresi yang berlainan sememangnya mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit ataupun abstrak. Secara umumnya, pelajar yang mempunyai kecerdasan linguistik yang tinggi dan menguasai bahasa ekspresi dengan sempurna akan dapat mempersepsikan perkaitan ciri-ciri maklumat yang berkenaan dan membentukkan konsep dengan cepat dan tepat.  



0
Komen

Gogo's Adventure With English 1 & 2



Video 1

Video 2
Its fun to learn English trough this video with simple words and repeated words. Lets enjoy the videos.



5
Komen

Temasya Sukan Tahunan SK Taman Cempaka


Buku Program
Berehat di khemah

Bersedia untuk acara 80 meter

Para pemenang acara 4x50 (lelaki)
Posing di khemah Rumah Bendahara

TEMASYA SUKAN TAHUNAN
 SK TAMAN CEMPAKA KALI KE 14
1 NOVEMBER 2012, KHAMIS





2
Komen

Konvokesyen Prasekolah 2012




Peace... menunggu giliran menerima sijil
Mengabadikan sebuah kenangan. Pasti merindui mereka.
Senyummmmmmm...

Tahniah anak-anak muridku. Hampir setahun bersama, suka duka bersama. Marah dan geram pun ada. Tapi, itu semua untuk pastikan anak-anak muridku meguasai kemahiran sepenuhnya. Semoga menjadi insan yang dapat memakmurkan agama, bangsa dan negara. Doa Cikgu mengiringi perjalanan hidupmu.... Cikgu sayang kamu.....

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH ZON MAJIDI
TARIKH : 25 OKTOBER 2012
TEMPAT : DEWAN MPC, JOHOR BAHRU



Friday, 7 December 2012

0
Komen

Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak


Assalamualaikum...
Pengenalan

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.
Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah mereka peroleh.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun berada dalam keadaan yang sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor-faktor genetik yang diperolehi dari keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga dan kumpulan etnik.
Salah satu aspek penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah perkembangan daya penglihatan mereka. Pada usia ini perkembangan visual kanak-kanak akan mematangkan lagi perkembangan otak mereka yang juga memperkukuhkan kombinasi antara hemisfera kanan dan kiri otak yang seterusnya membolehkan kanak-kanak mahir dalam arah kiri dan kanan.
Otak kanak- kanak akan berkembang dengan pesat secara struktur dan fungsinya pada usia ini iaitu semasa mereka berada di prasekolah. Hemisfera kiri otak yang mengawal fungsi bahasa terbentuk dengan amat pesat pada dua tahun pertama usia kanak-kanak itu. Manakala hemisfera kanan otak yang mengawal maklumat megenai ruang mula berkembang dengan pesat pada sekitar usia lima tahun.
Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam pergerakan motor kasar dan motor halus yang amat hebat semasa berada di prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar dan motor halus ini adalah dipengruhi oleh perkembangan otak, perimbangan ( sense of balance ) yang lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan tangan. Perkembangan motor juga dipengaruhi oleh latihan, ekspektasi ibubapa, peniruan, faktor genetik, perkembangan otak dan etnik keturunan.
Daya imbangan merupakan aspek yang juga penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengan biasanya akan mengalami masalah untuk mengimbangi badan mereka. Mereka tidak akan dapat melakukan pergerakan-pergerakan motor kasar seperti menyepak bola atau menendang. Adakalanya kanak-kanak mengambil masa yang lebih panjang dari kanak-kanak lain untuk memahirkan diri dalam pergerakan motor kasar. Maka guru haruslah mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan dalam perkembangan motor kasarnya.
Untuk berlari dan melompat, kanak-kanak melalui beberapa frasa sebelum mereka boleh berlari dan melompat dengan sempurna. Dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan terdahulu, pada usia 2 hingga 3 tahun barulah kanak-kanak boleh dilihat berlari dengan baik walaupun mereka kelihatan seperti berlari pada usia yang lebih muda. Pada usia 4 hingga 5 tahun kanak-kanak akan mampu berlari dua kali ganda lebih laju daripada kepantasan mereka berlari pada usia 3 tahun.
Kanak-kanak mula cuba untuk melompat apabila cuba memijak sesuatu objek dengan menggunakan sebelah kaki. Ini terjadi pada usia 18 bulan. Pada usia 2 tahun , kanak-kanak akan boleh melompat sambil mengangkat sedikit kedua-dua belah kaki mereka, tapi kanak-kanak ini masih lagi tidak tahu menggunakan tangan mereka untuk mengimbangi badan mereka semasa melompat.
Melempar dan menangkap bola merupakan kemahiran motor kasar yang cuba kanak-kanak lakukan pada awal usia mereka lagi. Namum begitu pergerakan melempar dan menangkap bola akan menjadi lebih cekap dan kemas apabila kanak-kanak mampu untuk mengawal pergerakan badan mereka. Kanak-kanak yang lebih matang sudah boleh mengimbangi badan mereka semasa membuat balingan atau menangkap bola berbanding dengan kanak-kanak dua atau tiga tahu yang biasanya kelihatan kaku dan sukar untuk membaling bola dan kadang-kadang gagal untuk menangkap bola. Kemahiran menangkap bola akan menjadi lebih baik apabila kanak-kanak itu lebih matang dan boleh menggunakan koordinasi visual mereka untuk memerhatikan pergerakan bola seterusnya menangkap bola tersebut.
Perkembangan Motor Kasar mengikut usia.
Usia 1 – 6 Bulan
Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah posisi ampu untuk pemandangan. Bayi akan terdorong untuk mengubah poisi kepala semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya. Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.Bayi juga mampu untuk menegakkan kepalanya semasa didokong. Semasa berada dalam keadaan terlentang bayi akan menendang-nendang dan menggerak-gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan.
Usia 6 – 9 Bulan
Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap, pergerakkan meniarap akan berubah-rubah mengikut kemahuan bayi. Bayi akan boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Bayi juga akan menendang-nendang dengan kuat. Pada usia ini juga bayi akan menghulurkan tangan meminta supaya mereka diangkat oleh orang dewasa disekeliling mereka. Di akhir tempoh ini, bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk . seterusnya bayi akan bangun dan duduk sendiri tanpa bantuan.
Usia 9 – 18 Bulan
Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang. Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia ini kanak-kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka. Dengan merangkak bayi akan boleh bergerak ke lebih banyak tempat yang sangat menarik bagi mereka tanpa bantuan orang dewasa. Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan. Seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan dari orang dewasa atau perabut di sekelilingnya untuk membantu mereka bertatih. Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa. Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Bayi akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini. Mereka akan cuba bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan. Bayi akan mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa.
Usia 18 Bulan – 5 Tahun
Pada usia 18 bulan , kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka adalah lebih baik. Kini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak-kanak juga boleh berdiri di atas hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola. Kanak-kanak juga akan menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka gemari.
Usia 5 – 7 Tahun
Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih kompleks. Kanak-kanak akan mmpu memanjat dengan baik. Mereka juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul.
Cadangan-cadangan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak.
• Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pergerakan motor kasar mereka.
• Berjalan ~ Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ke tepi, berjalan dalam bulatan, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan.
• Berlari ~ Kanak-kanak suka berlari dan bergerak cergas dalam banyak ketika. Aktiviti berlari haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti dan berlari.
• Skipping ~ skipping menggunakan tali, skipping secara sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan.
• Galloping ~ berlari seperti kuda
• Membaling dan menyambut bola ~ menggolekkan bola, menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet,
• Mengimbangkan badan ~ berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan di atas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan di atas tanah, membawa bola di atas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.
Matlamat Pembelajaran Motor Kasar PPK (2003)
Perkembangan motor kasar seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran dan gerakan tersebut. Menurut PPK (2003) matlamat dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak adalah mereka dapat menguasai kemahiran ini dengan berkesan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kemahiran pergerakan motor kasar seperti yang disarankan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003).
Masalah Motor Kasar
Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu perkembangan motor adalah perkembangan gerakan dan koordinasi selain daripada memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri.
Perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak teratur, perlahan dan agak pelik. Kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan dalam koordinasi ini juga mempunyai masalah bagi menyiapkan tugas yang melibatkan pergerakan otot secara berurutan. Sebagai contoh, kanak-kanak ini tidak dapat membuat aktiviti ini dalam urutan, membuka almari pakaian dan menanggalkan jaket baju.Seperti motor halus, masalah dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak juga dapat dikesan di awal tumbesaran kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan kanak-kanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook & Woollacott, 1985). Keinginan kanak-kanak untuk bergerak dan meneroka persekitaran mereka merupakan rangsangan awal bagi gerakan motor kasar. Apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah bergerak balas dengan rangsangan seperti ini kita akan sedar bahawa mereka mempunyai masalah dalam perkembangan motor kasar mereka.
Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan. Menurut Moore (1984);
“At this age a child needs several hours of physical activity a day. This helps to build the body, purify the blood, promote good digestion and calm the nerves.”
(Raymond Moore, Homegrown Kids, p113)
Oleh itu kanak-kanak perlulah diberikan masa yang mencukupi bagi melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti bermain, berlari, memanjat atau aktiviti membantu ibubapa seperti membasuh kereta, membersihkan kawasan rumah atau aktiviti luar yang lain

0
Komen

Perkembangan Motor Halus

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK

Pengenalan
Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. 


Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.


Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.


Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini mula menulis. 


Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok.


Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita membantu kanak-kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan yang lengkap dengan menggabungkan huruf – huruf tersebut bermula dengan perkataan yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka adalah dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-kanak yang baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor halus mereka.


Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001), menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil. 


Perkembangan Motor Halus Mengikut Usia

Usia 1 – 6 Bulan

Pada usia 1 hingga 6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek yang hadir dalam pandangan mereka. Bayi juga boleh memberi perhatian kepada ibubapa atau orang dewasa yang menjaganya. Bayi juga mampu merenung kepada cahaya yang terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi. Beberapa tindak balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi. Bayi juga boleh mengikut pergerakan objek yang lalu di hadapan mereka. Pada saat ini bayi menerima stimuli visual yang sangat pesat.

Usia 6 – 9 Bulan

Bayi sangat peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka walaupun barangan permainan itu adalah kecil tatapi ianya berada dalam lingkungan pemandangan mereka.namun begitu perhatian mereka terhadap objek akan hilang sekiranya objek itu hilang dari pandangan mereka atau perhatian mereka telah beralih kepada ransangan yang lain. Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut, kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang satu lagi. Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah sesuatu yang mereka mahu atau sesuatu yang menarik perhatian mereka.

• Usia 9 – 18 Bulan

Penumpuan bayi terhadap perkara atau objek yang menarik perhatian mereka akan menjadi lebih baik di mana bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka mahu walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka. Bayi yang kini kanak-kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher grasp ) untuk mengambil barang yang mereka mahu. Kanak-kanak juga boleh menggunakan tiga jari (tripod grasp) untuk mengambil barang. Kebolehan bertepuk tangan, bermain, membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanak-kanak dari usia 9 hingga 18 bulan. Kebolehan Tripod grasp yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menggunakan pensil untuk menconteng. 

Usia 18 Bulan – 5 Tahun

Pada usia 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya membuat pilihan atau kecenderungan penggunaan tangan ; sama ada tangan kanan atau kiri/kidal. Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah menjadikan mereka mampu untuk menyelak muka surat buku. Mereka juga mampu membina menara. Kanak-kanak pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat suka melukis kerana mereka sudah boleh menghasilkan bentuk- bentuk yang mungkin memberi makna kepada mereka. Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh menggunakan gunting dengan baik. Koordinasi mata dengan tangan yang baik membolehkan kanak-kanak menguntai manik.

Usia 5 – 7 Tahun

Pengawasan pensil yang baik berlaku di usia ini. Kanak-kanak juga mampu mencucuk benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga dengan lukisan.



Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Prasekolah

• Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di usia prasekolah. Kanak- kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher Grasp ), namun mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher Grasp dengan lebih baik.
• Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam perkembangan motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk membuat contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan membina menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun, perkembangan motor halus kanak-kanak akan menjadi lebih matang apabila mereka boleh makan menggunakan sudu, menconteng berbentuk bulatan. Pada usia empat tahun pula, kanak-kanak sudah mampu menyarung pakaian mereka sendiri, melukis lakaran manusia dan menggunakan gunting dan menggunting garisan yang disediakan. Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.
• Isu sama ada kanak-kanak itu seorang yang kidal atau menggunakan tangan kanan juga menjadi perhatian semasa usia prasekolah. Ini adalah kerana pada usia ini terserlahlah samada kanak-kanak itu menggunakan tangan kanan atau kidal. Namun begitu kidal atau kanan adalah lebih bergantung kepada faktor genetik berbanding dengan faktor persekitaran.

Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata dan tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan bijirin.

• Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntinggan-guntingan yang lebih rumit.

• Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.
• Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor halus kanak-kanak. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah :
  1. • Menyulam manik
  2. • Menekap gambar yang sedia ada
  3. • Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. 
  4. • Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari.
  5. • Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan.. 
  6. • Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manik pada benang.
  7. • Bermain permainan seperti "puppet " – dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelengkeng.
  8. • Mengikat tali kasut
Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003)

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Jadual 3.1 di bawah berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus.


Masalah Penguasaan Kemahiran Motor Halus 

Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini, gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau memasang butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses penghantaran maklumat dalam sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain itu, otot kecil juga lebih cepat letih berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanka-kanak ini untuk mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini memerlukan lebih kesabaran bagi kanak-kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini.

Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi lambat disebabkan beberapa faktor antaranya; kecederaan, penyakit, stroke atau keadaan tidak normal sejak lahir. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas tetapi tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang baharu kemungkinan mengalami masalah dalam membuat gerakan motor halus. Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan kesihatan kanak-kanak seperti penyakit sawan, terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang lambat dalam kemahiran motor halus ini juga akan mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan dan jari.

Sesetengah tanda terencat perkembangan motor boleh dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2 tahun. Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk atau mengangkat kepala, sukar berdiri jika tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti merangkak, atau tempoh berjalan yang agak lambat. Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah. Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang pensil, sukar untuk melukis atau sukar memasang butang baju. Oleh itu ibu bapa, penjaga dan guru harus faham tentang perkembangan dan keperluan motor halus kanak-kanak agar perkembangan mereka dapat dibantu dengan sebaiknya.

Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus memerlukan perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan membina blok lego. Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor halus mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam kurikulum prasekolah.
0
Komen

Hikayat Sang Kancil dan Sang Buaya


Selamat Menonton !!!

Assalamualaikum kawan-kawan. 
Cerita Sang Kancil dan Sang Buaya mempunyai nostalgia tersendiri. Cerita ini masih digemari oleh kanak-kanak pada zaman ini. Cerita ini mempunyai banyak pengajaran yang tersirat. Penggunaan watak-watak binatang dapat menarik minat kanak-kanak untuk menontonnya. Saya sendiri tidak pernah jemu untuk menonton cerita ini. Jom layan.....
2
Komen

Pembantu Pengurusan Murid

BIDANG TUGAS 
PEMBANTU PENGURUSAN MURID 

(PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID ) ~ (berkuatkuasa mulai 1 Januari 2004)

  1. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas prasekolah
  2. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
  3. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran dan pengajaran murid-murid prasekolah.
  4. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan

Skop Fungsi dan Bidang Tugas 

Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah


A. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
  • Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
  • Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
  • Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
  • Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
  • Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
  • Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
  • Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
  • Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah.
  • Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
  • Merekodkan perbelanjaan
2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
  • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
  • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
  • Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
  • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
  • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
  • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
  • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
  • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
  • Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
  • Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
  • Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
  • darjah dan ruang-ruang lain.
  • Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. 
4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
  • Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
  • Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
  • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
  • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
  • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
  • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah. 
KARNIVAL BIJAK PRSEKOLAH
 PERINGKAT ZON MAJIDI
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2012, SELASA 
TEMPAT : SK SRI AMAR, JOHOR BAHRU

Pada 18 September 2012, Prasekolah SK Taman Cempaka telah menghantar seorang peserta iaitu Adik Putera Ariff Haikal bin Abdullah bagi menyertai pertandingan Nyanyian Solo dalam Karnival Bijak Prasekolah Peringkat Zon Majidi. Lagu yang dinyanyikan berjudul Basikal Tua dan Tanggal 31. Alhamdulillah, Adik Putera Ariff Haikal berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandinagan tersebut.  Syabas dan Tahniah !!!

Tahniah !!!
PHONIC SONG BY BARBARA MILNE




Thursday, 6 December 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Warga Prasekolah 
SK Taman Cempaka

Murid-murid sedang menjamu selera
Antara menu yang disediakan
Para jemputan terdiri daripada para ibubapa dan warga
SK Taman Cempaka


0
Komen

Nombor / Numbers



 MARI MENGENAL NOMBOR I HINGGA 10