Friday, 5 October 2012

2
Komen

Lawatan Ke Melaka

LAWATAN & RIADAH
 WARGA PRASEKOLAH SK TAMAN CEMPAKA
TARIKH & MASA : 30 OGOS 2012, KHAMIS
MASA : 7.30 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : WONDERLAND THEME PARK,
AYER KEROH, MELAKA
ANJURAN : MAJLIS PEMUAFAKATAN PRASEKOLAH
 SK TAMAN CEMPAKA





























0
Komen

TERIMA KASIH


Jutaan terima kasih yang tak 
terhingga kepada pengikut-pengikut 
blog saya tak tak seberapanya ini... 


Thursday, 4 October 2012

2
Komen

Guru dan PPM Prasekolah SK Taman Cempaka

Teman Prasekolahku. Dari kiri Pn Rohani, Pn Rohaya,
En Ezihan dan aku laaa
Inilah permata-permata Prasekolah SK Taman Cempaka. 
Terdiri daripada 10 murid lelaki 15 dan murid perempuan
Pembantu Pengurusan Muridku Puan Rohani bt Mohd Salleh yang tetap setia dengan
 tugasnya dalam membantu dalam pengurusan prasekolah pada setiap hari. 
Aku bersyukur kerana mempunyai PPM amat komited

Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia

Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.

Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.
0
Komen

Its me...... Cikgu Linda..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bersiap-siap untuk ke sekolah
Posing di meja sendiri
Nak tulis RPH untuk keesokan harinya

0
Komen

TUGASAN YANG SEPATUTNYA..


Rasa-rasanya memang malas nak buat tugasan blog ni. Tetapi terpaksa akur dengan kehendak tugasan sebagai pelajar pjj. Jadi layankanlah. Ramai rakan-rakan yang telah membina blog mereka. Kulihat sungguh cantik dan penuh berinformasi. Blog aku ni sekadar wujud sahaja, belum lagi ditambah dengan info-info.. Insyallah akan ku luangkan masa untuk memenuhi tuntutan tugasan ini. Apa-apa pun aku ingin mengimbas kembali kehendak tugasan tersebut dan memberi peringatan kepada diri sendiri tentang apa yang diperlukan dalam blog ini.. Sekian...

Blog ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan bagi KRT 3013 di mana saya perlu menyiapkan tugasan seperti berikut:

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012 
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012. 

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Syarat berikut perlu dipatuhi: 
1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Selamat Memblog !!!

Tuesday, 2 October 2012

0
Komen

Terima kasih...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca sekalian.  Selamat datang kepada semua pembaca  blog dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengikut blog saya yang tidak seberapa ini. InsyaAllah, pada post-post yang akan datang saya akan berkongsi sedikit ilmu atau info-info prasekolah, aktiviti prasekolah saya.Semoga blog ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca yang dikasihi sekalian.. Jumpa Lagi...